Telah mencapai dajah yang tertinggi dalam ilmu latihan asas perbarisan sebagaimana yang dikehendaki dalam Lencana Usaha, Lencana Maju, Lencana Jaya, kawad tongkat serta cara membawa bendera dan telah melatih dengan jayanya satu unit Pengakap dalam ilmu tersebut.
Mengetahui cara mengikat serta kegunaan simpulan dan ikatan yang berikut:
Simpul Tapak Kucing (Cats Paw Knot)
Simpul Raga (Carrick Bend)
Simpul Seban (Turk's Head)
Simpul Buaian (Scaffold Hitch)
Lilit Berkas Tingkat (Racking Bend)
Genggam Monyet (Monkey First Knot)
Sambat Pendek (Short Splice)
Ikat Jepun (Japanese Lashing)
Ikat Filipina (Filipino Lashing)
Takal Tali (Rope Tackle/ Harvester's Hitch)
Mengetahui cara membuat dan menggunakan sistem takal dan pancang dogang (anchorage) iaitu :-
a) 3-2-1
b) 'log & picket'
c) 'dead-man'
Membina satu projek perintis (pioneering project) secara berpatrol seperti menara, jambatan atau 'aerial runway' tidak kurang daripada 5 meter tinggi atau panjang.
Melanjutkan pengetahuan dalam pemetaan dengan mengetahui mengenai asas 'Orienteering' dan cara membuat 'cross-bearing' bagi mencari kedudukan di atas peta dengan menggunkan kompas.
Memahirkan diri dalam ilmu tahan lasak hidup dengan membuat 'bivouac' dan bermalam di dalamnya, membuat perangkap yang mudah serta membuat masakan rimba (backwoods) seperti nasi, ikan/ daging dan telur.
Mengenali tapak 5 jenis haiwan dan membuat 2 jenis 'plaster casts'.
Mengetahui cara membuat penganggaran (estimation) tinggi dan lebar.
Membuat SATU Model Projek Perintis (Pioneering Project).
Lakukan perkara yang berikut:-
a) Berenang 50 meter berpakaian lengkap.
b) Melempar seutas tali yang panjangnya 20 meter sejauh 12 meter supaya jatuh ke kawasan antara 2 pancang yang jaraknya 2 meter dengan mendapat 2 kejayaan daripada 3 kali lemparan.
ATAU
c) Mengetahui cara Abselling / Rapelling, alatan untuk 'abselling', langkah keselamatan, sistem belay,
cara 'abseiling' dan melakukannya sejauh 8 meter.
ATAU
d) Mengetahui cara membina dan langkah keselamatan berkenaan serta melakukan 12 daripadanya:
- Melalui titi goyang
-Merangkak bawah jaring
-Melalui titi komando
-Melaui terowong
-Melalui titi pacak
-Memanjat tali
-Bergayut tali
-Memanjat pokok
-Bergayut monyet
-Memanjat tangga
-Merangkak "deadman's crawl"
-Memanjat tembok
-Menyusupi halangan tayar
-Memanjat batang pokok
e) Menggunakan Tindih Kasih Gelung atau Simpul Kerusi untuk menurunkan seorang yang cedera dari tempat tinggi - 5 meter (pokok atau bangunan atau gaung curam).