Berikan kepada Penilai satu senarai yang mengandungi sekurang-kurangnya 12 jenis buku yang telah dibaca dalam tempoh 12 bulan lalu. Terangkan sebab buku-buku itu dibaca, apa pendapatnya mengenai buku-buku dan menjawab soalan berkenaan dengan buku-buku itu.
INGATAN: Senarai tersebut hendaklah mengandungi cerita fiksyen dan tidak fiksyen dengan tidak melebihi 3 buah buku oleh seorang pengarang dan tidak termasuk buku-buku teks sekolah.
ATAU
2. a) Berikan kepada Penilai satu senarai mengandungi buku-buku yang digemarinya.Terangkan sebab buku-buku itu dipilih dan menjawab soalan berkenaan dengan kandungan buku-buku itu.
b) Mengetahui apa yang dikatakan Buku Rujukan dan apakah maklumat yang diperolehi daripada buku itu.
c) Terangkan dengan ringkas cara mengatur dan menyusun buku supaya mudah dicari.