Telah berkhemah tidak kurang daripada 10 malam pada sekurang-kurangnya empat tapak perkhemahan yang berlainan.
Telah bertugas sekurang-kurangnya 7 hari di tapak perkhemahan tetap (daerah, negeri atau kebangsaan) membantu Pengawal Perkhemahan dengan memuaskan.
Menunjukkan tiga perkara daripada senarai di bawah ini:-
a) Menggunakan kayu arang untuk memasak.
b) Membuat unggun api.
c) Memasang khemah patrol.
d) Menyidai kain basah dan menganginkan alat tempat tidur dan lain-lain di perkhemahan.
e) Mencegah "kebakaran" di perkhemahan.
Menerangkan mana yang boleh menunjukkan cara digunakan dalam perkhemahan untuk kerja berikut:-
a) Membuat meja makanan.
b) Membuat tandas.
c) Menjaga alat memasak.
d) Menjaga air minuman dan makanan.
e) Menjaga alatan perkhemahan.
Mengetahui betapa mustahaknya menjaga taraf perkhemahan yang tinggi dan baik.
Menyediakan dengan lengkap sebuah peti pertolongan cemas untuk kegunaan satu patrol bagi perkhemahan selama 7 hari.
Menggunakan 3 daripada alat-alat berikut:-
a) Kapak penebang.
b) Gergaji.
c) Alat-alat ketuk (tukul).
d) Sebarang alat mesin ringan seperti mesin pemotong rumput, gergaji rantai dan sebagainya.
Membincangkan dengan Penilai bagaimana sebuah tapak perkhemahan yang tetap yang tidak asing bagi Pengakap yang pada pendapatnya, boleh diperbaiki dan dimajukan lagi.