Dalam Permainan Kim, mengingati 20 daripada 25 jenis benda yang berlainan selepas melihatnya selama satu minit. Ujian itu hendaklah dibuat dua kali berturut-turut dan setiap jenis benda hendaklah dinyatakan dengan jelas.
Mengetahui 8 daripada 10 jenis bunyi yang senang dengan mendengarnya sahaja.
Membuat laporan lisan kurang daripada satu minit berkenaan dengan satu kejadian yang dilakonkan melibatkan 3 orang pelakon. Laporan itu mestilah mengandungi kenyataan yang penuh berkenaan dengan seorang daripada yang tiga itu yang dipilih oleh Penilai.
Membuat enam acuan plaster jejak burung, binatang (dua daripadanya hendaklah mengenai burung atau binatang liar) dan kesan-kesan tayar motosikal atau basikal. Semua acuan hendaklah dibuat oleh Pengakap sendiri dengan menaruh label tarikh dan tempat diambilnya dengan betul dan terang.
Mengikuti satu jejak di kawasan yang belum pernah dilalui sejauh 1.5 kilometer yang mengandungi sekurang-kurangnya 25 jenis kesan binatang, kenderaan dan lain-lain.