Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya seperti mengumpul pelbagai setem, matawang asing, sampul surat hari pertama, rantai kunci, lencana-lencana Pengakap dan sebagainya.
Mengumpul, menyusun dan mengatur dengan kemas dan menarik suatu jenis barang dalam tempoh yang tidak kurang daripada 6 bulan, seperti setem, kotak mancis, duit syiling, siput, pembalut tin, dan lain-lain.
Megetahui serba sedikit berkenaan dengan benda yang dikumpul itu; membincangkan dengan Penilai sebab barang itu dipilih dan dikumpul.