Mengetahui peraturan susunan pentadbiran Persekutuan Pengakap diperingkat
Kumpulan dan Daerah, serta cara menyusun dan menyimpan alatan persuratan dan
boleh menyediakan surat-menyurat untuk Majlis Ketua Patrol dan Pemimpin
Kumpulan Pengakap.
Di hadapan Penilai
a) Menulis dengan baik sebuah karangan panjangnya 250 patah perkataan.
ATAU
b) Menaip dengan menggunakan mesin taip atau komputer 100 patah perkataan dengan tidak lebih daripada 5 kesalahan (jika ada); menunjukkan cara membersihkan mesin taip dan menggantikan riben mesin taip atau mesin mencetak.
Mengetahui peraturan mesyuarat jawatankuasa dan boleh menyediakan aturcara dan minit mesyuarat itu.
Mengetahui hal ehwal pengurusan kewangan Kumpulan Pengakap, menyediakan dan menyimpan dengan mudah kira-kira penerimaan dan perbelanjaan bagi Kumpulan atau Patrol, dan mengetahui cara menyimpan wang persendirian dalam bank.
Menulis sepucuk surat atas tajuk diberikan oleh Penilai; membuat draf kad jemputan yang dialamatkan kepada orang ramai berhubung dengan suatu upacara yang akan diadakan oleh Kumpulan, Unit atau Patrol.
Mengetahui urusan dengan Pejabat Pos bagi mendapatkan senarai Bayaran kiriman pos dalam Malaysia dan berhubung dengan kiriman bungkusan, pos berdaftar, pos laju dan perkhidmatan pengiriman ke luar negeri.
Menyediakan keluaran berita berkenaan dengan satu upacara Kumpulan atau menulis berita untuk Majalah Pengakap melaporkan sesuatu peristiwa Kumpulan atau Daerah.
Mengendalikan pengurusan fail.