Menunjukkan kepada Penilai arah jalan yang mudah diikuti ke tempat yang tertentu.
Membuat sebuah peta kasar dengan menandakan dengan jelas tempat-tempat berikut:
a) Kediaman doktor, doktor haiwan, doktor gigi, hospital, klinik dan ambulan.
b) Balai Bomba, Balai Polis, Pejabat Pos, Pondok Telefon, Bengkel Motokar.
c) Perhentian bas, stesen keretapi, jalan-jalan bas dan keretapi ke tempat- tempat yang berhampiran serta dengan jadual perjalanannya.
d) Ibu Pejabat Pengakap, Tempat Perhimpunan Awam, Kebun Bunga, Pawagam, Tempat Beribadat, Muzium dan lain-lain tempat menarik dan bersejarah.
e) Kediaman Pesuruhjaya Pengakap Daerah, Penolong-Penolongnya, Pemimpin dan Penolong Pemimpin Kumpulan masing-masing serta ahli-ahli dalam Patrolnya.
Menggunakan peta untuk pergi ke tempat yang diarahkan oleh Penilai yang turut bersama.
Mengarahkan dengan jelas arah jalan yang mudah diikuti oleh pelawat ke tapak perkhemahan yang jauhnya lebih kurang 8 kilometer dengan menggunakan kenderaan awam, berbasikal atau berkereta.