Pementasan
Mengambil bahagian utama sebagai pelakon atau pengarah dalam satu lakonan diperingkat sekolah
atau mana-mana peringkat lain.
ATAU
Pertukangan Kayu / Logam
Membuat sebuah perabut yang berguna seperti bangku, tempat letak kasut, meja kecil, tempat sangkut tuala, tempat letak buku dan sebagainya.
ATAU
Tarian Kebudayaan
Menari satu jenis tarian kebudayaan kebangsaan yang berikut iaitu Joget, Inang, Canggong, Zapin,
Sumazau , Ngajat, dan tarian-tarian yang terkandung dalam kebudayaan Negara.
ATAU
Kraftangan / Kerjatangan
Membuat satu perkara di bawah ini yang memuaskan dengan usaha sendiri:-
a) Ciptaan seni ukur / seni arca
b) Cap mengecap batik
c) Anyaman tradisional
d) Lukisan mural
e) Jahitan / tenunan / tekat / gubahan / kait-mengait.
ATAU
Seni Mempertahankan Diri
Memahirkan diri dalam sejenis seni mempertahankan diri seperti Silat, Kung Fu, Silambam, Taekwondo, Karate dan sebagainya.
ATAU
Muzik
Dapat memainkan dengan baik sejenis alat muzik, moden atau alat muzik tradisional.
ATAU
Urusetia
Mengelolakan satu perjumpaan seperti seminar, forum, khemah kerja dan sebagainya.
ATAU
Pertanian
a) Mengetahui cara membuat tut.
b) Mengetahui campuran tanah untuk tut pada bahagian pokok.
c) Menanam bahagian tut dan mengetahui campuran tanah di dalam beg / pasu.
ATAU
Komputer
a) Mengetahui jenis komputer dan bahagian pada sebuah komputer.
b) Mengetahui cara mengendali sebuah mikrokomputer dan faham apa dia sistem pengoperasian OS (Operating System).
c) Mengetahui kegunaan komputer di pejabat dan industri.
d) Mengetahui jenis perisian yang terkini dari segi penggunaan.
e) Menydiakan dengan memuaskan satu pengaturcaraan komputer (Windows) dan sebagainya atau dalam kemahiran seperti berikut:
- pemprosesan perkataan (seperti Ms Office, Ms Word)
- sistem pengurusan pengkalan data (seperti Ms Access)
- persembahan multimedia (seperti Ms Powerpoint)