BAHAGIAN A
Menyanyi sebuah lagu yang ada korus.
Membaca sendiri titinada muzik sekurang-kurangnya untuk 3 buah lagu(melodi)
Mengetahui erti tanda tempo dan tanda muzik yang menunjukkan tinggi rendah, panjang pendek suara dalam titinada 'Sonata', 'Concerto' dan 'Oratario' serta memberi 3 contoh bagi tiap-tiap satu
Membincangkan dengan Penilai sekurang-kurangnya dua pertunjukan hiburan terbaru yang dilihat atau didengari melalui televisyen atau radio.
BAHAGIAN B
Menyanyi 2 buah lagu yang dipilih sendiri dan sebuah lagu lagi yang sesuai untuk dinyanyikan dengan iringan muzik atau memainkannya dengan alat muzik.
Menyanyi 2 buah lagu pilihan sendiri, satu bertempo cepat dan satu lagi bertempo lambat dengan memainkan alat muziknya sendiri atau dengan iringan muzik latar.
INGATAN: Titinada (nota muzik) boleh digunakan.
Mengetahui erti tanda tempo 'Sonata', 'Concerto' dan 'Oratario' serta memberi 3 contoh bagi tiap-tiap satu.
BAHAGIAN C
Menyanyi tanpa iringan alat muzik, dua jenis lagu rakyat yang berlainan jenisnya seperti lagu dan nyanyian yang bersemangat keperwiraan, keindahan kampung nelayan di tepi pantai, keindahan gunung-gunung, lagu dondang sayang dan dikir barat.
INGATAN: Sebagai tambahan, tepuk-tepukan tangan dan paluan-paluan tambur boleh disertakan.
ATAU
Menyanyi sebuah lagu pilihan sendiri dengan memainkan alat muzik seperti gambus, banjo, gitar, mandolin, harmonica dan sebagainya.
Mengetahui sedikit sebanyak prinsip asasi muzik seperti menala alat-alat muzik, titinada, tali dan nada suara(bass).
INGATAN: Oleh kerana muzik lagu rakyat terlalu tinggi nilainya, maka tidaklah boleh dipermudahkan atau dicampur adukkan dengan seni kebudayaan asing. Pengakap seharusnya mengisi dan mendapatkan pengetahuan ini dengan cara tersendiri mengikut pengalaman masing-masing.
BAHAGIAN D
Tunjukkan kebolehan memain dan membunyikan alat muzik 'bagpipe'dengan memuaskan.
Memainkan 2 lagu dengan 'bagpipe' irama 'march' dalam tempo 2/4.
Memainkan 2 lagu dengan 'bagpipe' irama 'march' dalam tempo 6/8.
Memainkan 2 lagu dengan 'bagpipe' irama 'slow march' atau tiupan perlahan.
Memainkan satu lagu dengan 'bagpipe' irama 'march', 'stathspey' dan 'reel'.
Membincangkan dengan Penilai jenis muzik bercorak kebudayaan, artis biduan dan biduanita yang diminati anda serta memberi sebab pemilihan itu.
BAHAGIAN E
Menjadi salah seorang ahli pancaragam, sama ada di sekolah dalam kumpulan Pengakap atau dalam lain-lain pertubuhan.
Menunjukkan kebolehan memainkan dan menjaga satu alat muzik berikut:-
a) Gendang Iringan(Side Drum)
Menjaga alat muzik ini supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik, bersih dan boleh digunakan bila-bila masa.
Berbaris berjalan dengan segak membawa gendang dan kayu pemukulnya sewajarnya.
Memalu gendang dengan paluan tempo 2/3, 6/8 dan 3/4
Memalu gendang berhenti-henti(play off)dengan tempo 2/3, 6/8 dan 3/4.
Memalu gendang dengan paluan bergulung-gulung(roll)seperti berikut:-
3 langkah bergulung(roll)
5 langkah bergulung(roll)
7 langkah bergulung(roll)
Mengambil bahagian dengan memuaskan dalam 6 perbarisan 'march' ynag berlainan.
b) Gendang Suara Langsing(Tenor Drum)
Menjaga alat muzik ini supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik, bersih dan boleh digunakan bila-bila masa.
Berbaris berjalan dengan segak membawa gendang dan kayu pemukulnya sewajarnya.
Menunjukkan boleh memalu dengan baik dalam masa berhenti atau berjalan.
Berjalan 'march' sejauh sekurang-kurangnya 45 meter degan memalu gendang perlahan-lahan(slow time) 116 langkah pada satu minit.
c) Gendang Suara Rendah(Bass Drum)
Menjaga alat muzik ini supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik, bersih dan boleh digunakan bila-bila masa.
Berbaris berjalan dengan segak membawa gendang dan kayu pemukulnya sewajarnya.
Menunjukkan kebolehan memalu dengan baik dalam masa berhenti atau berjalan.
Berjalan sejauh tidak kurang daripada 45 meter dengan memalu gendang 116 langkah pada satu minit.
Berjalan sejauh sekurang-kurangnya 45 meter dengan memalu gendang perlahan-lahan(slow time) 65 langkah pada satu minit.
d) "Bugle" atau Trumpet
Menjaga alat muzik ini supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik, bersih dan boleh digunakan bila-bila masa.
Berjalan dengan segak membawa "bugle" / trumpet di tangan kanan diapit di hadapan pinggang dengan mengayunkan tangan kiri.
Memainkan lagu Berkumpul(Fall in), Memasak(Cook-House), Padam Lampu(Light Out), Bangun Pagi(Reveille), Hormat(General Salute) dan Matahari Turun atau Undur(Sunset or Retreat).