Melakukan Kumpulan Ujian 1-5 ATAU Kumpulan Ujian 6-13.
KUMPULAN UJIAN A: 1-5.
Telah membantu Kuartermaster Pasukan dengan baiknya dalam tempoh selama enam bulan. Mengetahui dan bersedia menunjukkan
a) Cara menjaga tali-menali: membuat pemecut, mematikan hujung tali,
menganyam, memintal, melingkar, memeriksa dan menyimpannya.
b) Cara menjaga khemah: memperbaiki tali penarik, menampal/menjahit koyak kecil, mengalis supaya tahan hujan, memeriksa dan menyimpannya.
c) Cara menjaga alatan: mengasah, membaiki, membersihkan, memeriksa dan menyimpannya.
Mengetahui dan menunjukkan cara menyimpan rekod yang mudah dan berkesan termasuk catatan keluar dan masuk segala alatan Kumpulan.
Mengetahui dan bersedia menunjukkan :-
a) Cara menyimpan alatan kegunaan Pengakap.
b) Cara menyimpan dengan menggunakan sistem warna nombor atau Iain-lain KOD
berkenaan dengan barang-barang pekerjaan tangan bagi kegunaan Pengakap.
Mengetahui cara menjaga dan menyimpan alatan pandang dengar Kumpulan seperti model, carta dinding, bahan lukisan, kertas lukisan.
Mengetahui cara menilai barang dan harga barang yang hendak di beli.
KUMPULAN UJIAN B: 6-13.
Telah membantu Kuartermaster dalam satu perkhemahan Pasukan Pengakap atau PEK bercuti Pengakap Kanak-Kanak dengan baiknya selama lima hari.
Bersedia menunjukkan cara menjaga semua alatan perkhemahan.
a) Tali-menali:
- melingkar dan menggulung, memeriksa dan menyimpan.
b) Khemah:
- memperbaiki tali penarik dan menjahit khemah terkoyak dengan serta-merta dalam masa kecemasan dan memeriksa khemah.
c) Alatan:
- mengasah, membersih, memeriksa dan menyimpan.
d) Alatan Masak:
- membersih, memeriksa dan menyimpan.
Menunjukkan cara menyimpan rekod yang mudah dan berkesan termasuk catatan keluar dan masuk alatan dalam perkhemahan.
Menunjukkan cara menjaga semua alat khas dalam perkhemahan seperti pakaian seragam, alatan mengembara, alatan mendaki bukit/gunung dan perahu.
Menunjukkan satu daftar makanan dalam perkhemahan selama 48 jam dan bersedia membincangkan daftar makanan itu dengan Penilai.
Menerangkan cara mengendalikan penyimpanan barang makanan dalam perkhemahan.
Menunjukkan satu senarai alatan yang perlu dibawa bagi satu perkhemahan dan bagaimana memperbaiki alatan itu dengan segera dalam masa kecemasan. Buktikan sebab tiap alat itu perlu dibawa.
Mengetahui bahawa kebersihan pada keseluruhannya adalah kunci kejayaan seseorang Kuartermaster. Menerangkan bagaimana dapat dicapai dalam urusan perkhemahan sebagai pembantu KM.