a) Mengetahui tujuan pemeliharaan termasuk Usaha yang sedang dijalankan oleh pertubuhan pemeliharaan di negara ini.
b) Mengetahui 5 jenis tanah dan sebab utama tanah boleh terhakis.
c) Membandingkan akibat terlampau banyak hujan dengan akibat kemarau yang berpanjangan.
Mengetahui sebab utama udara dan air tercemar dan akibatnya; menerangkan cara hendak mengawal pencemaran itu.
Mengetahui bagaimana tumbuhan, binatang dan manusia ada hubungan di antara satu sama lain.
Memberi empat contoh, dua daripadanya dalam kawasan Pengakap itu sendiri, bagaimana alam semula jadi boleh rosak dan musnah dan nyatakan bagaimana dengan cara pemeliharaan, kerosakan dan kemusnahan boleh dielakkan atau di cegah.
a) Membuat satu kajian bagi dua kawasan yang berlainan, satu daripadanya kawasan yang selalu digunakan oleh orang ramai. Kajian itu hendaklah mengambil masa sekurang-kurangnya dua hari bagi tiap-tiap satu kawasan dan boleh dibuat pada hujung minggu.
b) Dengan menggunakan lukisan, menerangkan hasil kajian berikut dengan Penilai.
i. Penggunaan tanah pada masa lampau dan sekarang.
ii. Penilaian penggunaan tanah dari segi kemudahan dan hiburan.
iii. Pemeliharaan hidupan liar: binatang / tumbuhan.
iv. Perselisihan di antara berbagai-bagai pengguna.
Ingatan: Kajian ini boleh dibuat seorang diri atau bersama seorang Pengakap lain yang juga mengambil ujian yang serupa dengan syarat laporannya berasingan.
Mengambil bahagian dalam satu projek pemeliharaan alam sekitar bagi tempoh selama sekurang-kurangnya sehari.