Pengakap mesti lulus SEMUA ujian dalam SATU BAHAGIAN iaitu Bahagian A, B atau C yang dipilihnya.
BAHAGIAN A
Mengetahui perbezaan di antara enjin jenis 2 lejang dengan 4 lejang.
Mengetahui bahagian asas motosikal.
Membuka, mencuci dan memeriksa ukuran celah plag motosikal.
Menukar minyak pelincir motosikal; mengetahui memeriksa paras minyak pelincir itu.
Tahu membuka tayar motosikal serta menampal tiup yang bocor dan memasangnya semula.
Mengetahui cara membetulkan 'clutch' dan brek motosikal.
Menukar mentol motosikal yang terbakar pecah.
Mengetahui cara menegangkan rantai motosikal yang kendur.
Mengetahui cara menambahkan air bateri motosikal.
BAHAGIAN B
Membuat alat penerima radio (radio receiver) yang menggunakan dua mentol (valves) atau transistor, di atas sekeping papan, jika dikehendaki pendengar telinga (headphone) boleh juga dipasang. Melukis litar elektrik (circuit) penerima radio itu dan terangkan kepada Penilai fungsi tiap-tiap satu bahagian yang digunakan itu.
Menunjukkan kebolehan menggunakan alat pemeteri (soldering iron) dan tahu berjaga-jaga apabila menggunakan pemeteri pada transistor dan litar elektrik.
Mengetahui betapa mustahaknya berjaga-jaga tentang keselamatan apabila memperbaiki peti radio yang memakai tenaga elektrik AC / DC, seperti memasang sambungan pembesar suara atau memperbaiki bahagian yang kecil-kecil sebelum menutup suis memotong tenaga elektrik itu.
Memperbaiki kerosakan yang kecil-kecil pada peti radio seperti suis dan wayar longgar, bunyi bising atau bateri lemah.
Terangkan dengan ringkas syarat utama bagi mendapatkan Lesen Radio Amatur (transceiver).
BHAGIAN C
Menerangkan prinsip dan perjalanan 2 jenis jentera motobot yang lebih dari 2 kuda kuanya dan mengetahui cara menyelenggarakannya.
Mengetahui menjalankan jentera motobot yang berkuasa 4 kuda dan juga cara menyelenggarakan enjin laut diesel.
ATAU
Dengan bantuan minima,membuka,mencuci dan memasang balik enjin sangkut (outboard engine) serta memasangkannya pada bo dengan betul. Menerangkan cara mengetahui kerosakan kecil pada masa mula menjalankan enjin dan masa berlayar.