Untuk mendapatkan lencana ini, Pengakap mestilah lulus SEMUA ujian dalam mana-mana TIGA BAHAGIAN (pilihan sendiri) di antara A, B, C, D dan E.
BAHAGIAN A. (Pembuat Bakul)
Membuat sendiri benda yang boleh digunakan sebagai bakul dari rotan, rumput atau jerami.
Mengetahui di mana boleh didapati bahan mentah yang digunakan untuk membuat bakul dan bagaimana ianya diproses.
BAHAGIAN B. (Penjilid Buku)
Tugas: Memelihara berbagai bahan bacaan seperti buku, majalah dan nota.
Teknik, Media dan Proses.
Kekemasan dan Persembahan.
a) Ketepatan dan kebersihan bekerja.
b) Hiasan pada kertas rusuk.
Penilaian.
a) Pengetahuan-konsep, prinsip dan aplikasinya.
b) Proses atau tatacara.
c) Hasil kerja-kekemasan, ketahanan, kebersihan.
Pemeliharaan dan Penjagaan.
a) Cara menyimpan buku.
b) Cara menggunakan buku.
BAHAGIAN C. (Ahli Penyambung)
Memasukkan skru sedalam 3.5cm. Dengan tidak merosakkan kayu atau skru itu.
Memaku penutup peti (ensel) dengan betul, dengan menggunakan papan tebalnya 2cm dan paku panjangnya 3.5 cm.
Membelah sekeping papan 2.5cm tebal dan 60 cm panjang dengan gergaji biasa. Pembelahan itu hendaklah lurus dan serongnya tiak boleh lebih daripada 1.6 mm.
Mengasah pahat dan mata ketam,membuat lubang tanggam dan sambungan separuh.
Membuat sebuah bangku (stool) atau kerusi.
Mengetahui jenis kayu : 2 jenis kayu lembut, 2 jenis kayu serdehana keras dan 3 jenis kayu keras.
BAHAGIAN D. (Tukang Kulit)
Membuat tumit sepatu but atau tumit sepatu biasa dengan bahan kulit dengan cara dijahit atau dipakukannya.
ATAU
Mengadakan satu barang sahaja yang dibuat oleh Pengakap itu sendiri: rantai kunci, wogel, sarung kapak / pisau atau dompet yang dihiaskan dengan corak yang berwarna; mengetahui mencampur dan menggunakan berbagai-bagai campuran warna.
Mengetahui alatan dan bahan yang digunakan untuk membuat barang yang dipilihnya itu.
Mengetahui jenis kulit yang biasa digunakan dan cara memilihnya.
BAHAGIAN E. (Percetakan)
Mengaturkan satu rangka surat sebaran, menaip dan kemudian mencetakan surat sebaran itu.
Mengenali jenis huruf percetakan mengiku saiz (point-system) dan namakan enam jenis.
Mengetahui semua tanda pembetulan dalam percetakan serta mengethui nama berbagai bentuk kertas yang berlainan jenis dan ukuranya.