Untuk mendapatkan lencana ini, Pengakap Muda perlu lulus SEMUA syarat yang terkandung dalam SATU Bahagian sahaja:
BAHAGIAN A.
Mengkaji perkhidmatan kemasyarakatan setempat (seperti pendidikan, kesihatan, rekreasi dan sosial) dengan menggunakan sumber Majlis Daerah, pegawai belia dan perpustakaan awam dan sebagainya. Membincang dengan Majlis Ketua Patrol bagaimana perkhidmatan kemasyarakatan tersebut dapat membantu menunaikan keperluan masyarakat.
Menjalankan kajian berkenaan satu aspek masyarakat setempat di suatu kawasan selepas mengemukakan syor kepada Majlis Ketua Patrol dan Pemimpin Pengakap. Kajian tersebut perlu mengambil sekurang-kurangnya 6 bulan dan mereka yang dikaji adalah orang dewasa, kanak-kanak, orang cacat, yatim piatu dan penganggur.
Mengambil bahagian dalam perkhidmatan masyarakat selama sekurang-kurangnya 2 bulan dan menerangkan kepada Penilai segala pengalaman yang dialami semasa menjalankan aktiviti berkenaan.
BAHAGIAN B.
Mengetahui 3 perkara tentang kelemahan yang terdapat pada orang cacat mengenai perkara yang berikut
- Deria.
- Intelek.
- Sistem saraf.
- Paru-paru dan jantung.
- Perkembangan fizikal.
- Tahap bahasa.
Menunjukkan kesedaran dan menerangkan 4 cara membantu orang cacat dalam kehidupan harian.
Menyenaraikan agensi dan penganjur yang memberi perkhidmatan kepada orang cacat. (termasuk perkhidmatan sosial).
Berhubung giat dengan orang cacat dalam tempoh 3 bulan.
Menunjukkan kemahiran perkhidmatan yang berkaitan dengan satu bahagian kecacatan misalnya ;
- Bahasa isyarat untuk orang pekak.
- Braile untuk orang buta.
- Pengurusan dan penjagaan kerusi roda.
- Teknik pengendalian orang cacat. (misalnya mengangkat/ mengusung)
Menyiapkan satu daripada perkara berikut:
a) Merakamkan sebuah cerpen atau sajak untuk orang buta.
b) Mengkaji berkenaan bangunan awam di bandar.
c) Menemani seorang orang buta untuk membeli-belah atau bersiar-siar.
BAHAGIAN C.
Melawat balai polis tempatan dan membuat kajian mengenai:
a) Organisasi jabatan polis dan struktur jawatan / pangkat.
b) Bahagian yang terdapat di Jabatan Polis.
c) Mengetahui jenis perhubungan (seperti radio dan 'walkie-talkie'), sistem kecemasan dan kod fonetik yang digunakan.
d) Tugas anggota polis amnya dan pembenterasan jenayah khasnya