Berceramah dengan Pengakap atas tajuk yang diberi oleh Penilai selama sekurang-kurangnya 5 minit.
Menulis satu karangan sekurang-kurangnya 150 patah perkataan atas tajuk yang diberi oleh Penilai.
Menterjemahkan satu petikan daripada surat khabar atau majalah yang panjangnya lebih kurang 100 patah perkataan. (Pengakap di beri masa selama 10 minit untuk membaca senyap petikan tersebut).
a) Menjadi jurubahasa kepada seorang pelawat luar negeri.
b) Menulis sepucuk surat kepada satu Kumpulan Pengakap, atau sekolah atau pertubuhan berkenaan dengan suatu lawatan.
ATAU
Berkirim-kiriman surat dalam jangkamasa yang tidak kurang daripada enam bulan dengan seorang Pengakap atau sahabat luar negeri yang sebaya.