Menggembara dengan berjalan kaki, berbasikal, berperahu atau berakit bersama-sama dua orang Pengakap dalam masa sekurang-kurangnya 2 hari 1 malam ke suatu tempat yang belum pernah dilawati dengan membawa alatan dan bekalan yang cukup.
Mengetahui persediaan suatu pengembaraan serta menyusun alatan berkenaan dengan rapi.
Merancang satu projek berhubung dengan pengembaraan tersebut dan membuat peta mengndungi semua jalan kampung dan tali air dalam lingkungan dua kilometer daripada satu tanda. Menunjukkan rancangan itu kepada Penilai bagi kelulusannya dan selepas itu menjalankan pengembaraan itu seorang diri atau bersama seorang Pengakap lain.
Menggembara dengan seorang Pengakap lain sejauh 10 km dengan berpanduan kepada kompas dan peta sahaja.