Mengetahui tugas Pasukan Bomba dan Penyelamat Tempal
Memahami bahaya api dan mengetahui tindakan mencegah kebakaran di rumah mengenai semua jenis alat pemanas khususnya pemanas yang menggunakan minyak dan bahan pembakar terbuka, pemanas elektrik, bahan pembakar khasnya mancis, wayar elektrik, fius dan lain-lain alat; penggunaan alat gas dan minyak petrol; pengawasan bunga api, lilin, unggun api, perhiasan rumah.
Merancangkan persediaan mencegah kebakaran bagi sesuatu perhimpunan Pengakap atau seumpamanya termasuk peraturan tempat duduk. Mengetahui sebab persediaan sedemikian perlu.
Mengetahui bahaya api dalam perkhemahan dan persediaan mencegah kebakaran, mengetahui punca kebakaran belukar, lalang dan tahu bagaimana mengawal kejadian itu.
Menerangkan apa dan mengapa tindakan mesti diambil apabila berlakunya kebakaran di dalam dan di luar rumah. Mengetahui cara memanggil pihak Bomba dan segala peraturan yang seharusnya diikuti. Mengetahui apa jua yang berlaku dari masa memanggil pihak Bomba sehingga mereka menerima pangilan itu dan sebab tindakan sedemikian diambil.
Mengetahui:-
a) Kerja mencegah kebakaran dengan menggunakan baldi berderat.
b) Cara menggunakan pam kaki (stirrup pump) dan pam tangan.
c) Cara menggunakan pemadam api seperti air, asid soda, gas cartridge'. Karbon fetraklorida dan buih, serta mengetahui jenis pemadam yang sesuai bagi mengawal jenis api yang tertentu.
Mengendali seorang yang terbakar pakaian di badannya.