Menerangkan susunan anggota jasmani dan fungsi tiap-tiap satu.
Mengetahui kedudukan urat nadi dan tahu bagaimana memberhentikan keluaran darah.
Menunjukkan cara memulihkan seorang yang terkejut (shock) termasuk yang terkena kejutan elektrik.
Mengetahui cara menggunakan balutan tiga segi pada luka di kepala, tangan, kaki, lutut dan siku serta balutan bergulung pada anggota badan.
Menunjukkan cara mengendali tulang selangka patah dan cara menjaga supaya yang patah atau disyaki patah itu tidak dapat bergerak-gerak.
Menunjukkan cara pemulihan pernafasan (CPR/EAR).
Menunjukkan cara menghantar berita kecemasan dengan betul dengan lisan, bertulis dan telefon.